Selamat menyambut ramadhan, Mari kita sucikan diri dengan amal ibadat.... Insyallah....
Tuesday, 7 May 2013
Sempena hari guru hayatilah kata-kata pujangga dari Usman Awang :)_
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Selamat Hari Guru untuk semua...
Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu
untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran
Penciptanya.
Hari nie tanggal 18 february merupakan first day aku menjalani praktikum di SK Seri Bandar. Rasa gugup and teruja pun sama banyak...tapi okey ja bila jumpa dgn GB yang sporting dan banyak membantu. Murid-murid prasekolah semuanya okey, baik-baik, dengar cakap dan pandai hormati cikgu..... *Tak sangka di sebelah bangunan prasekolah rupa-rupanya sek. men. yang kelakarnya dengar bila pelajarnya ucap salam kat cikgu diaorang macam dalam citer upin ipin....ha ha... Ingat kat cikgu Md Nor lak....
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Monday, 28 January 2013
Orang yang kuat hatinya, bukan mereka yang tak pernah menangis, melainkan orang yang tetap tegar ketika banyak orang yang meyakitinya.Semoga hambaMu ini tabah menghadapi duniawi ini......